ALOR SETAR: Muhammad Radhi Mat Din yang menewaskan Datuk Mahfuz Omar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu ‘menghadiahkan’ semula kerusi itu kepada Pas yang ditawan beberapa penggal oleh Pakatan Harapan (PH). Legenda bola sepak Kedah dan digelar giant killer itu berkata, kemenangan berkenaan bukan bersifat peribadi tetapi disumbangkan gelombang Perikatan Nasional (PN) termasuk kesedaran dalam kalangan anak-anak muda di kawasan tersebut. Menurut beliau, kemenangan itu juga satu hadiah daripadanya…










