PTPTN hargai inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak

PTPTN hargai inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak

MERSAL Abang Rosli (tiga dari kiri) menyerahkan replika cek berjumlah RM41.84 juta daripada Yayasan Sarawak kepada Ahmad Dasuki Abdul Majid di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana prihatin dan berterusan membantu peminjam PTPTN yang terdiri daripada anak-anak Sarawak membayar baki hutang pinjaman PTPTN melalui inisiatif yang dilaksanakan.

Majlis penyerahan replika cek berjumlah RM41.84 juta daripada Yayasan Sarawak kepada PTPTN melalui Kerjasama Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak telah diadakan pada 2 Ogos 2023 di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur.

Turut hadir Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid; Pengarah Yayasan Sarawak, Mersal Abang Rosli dan para pegawai daripada kedua-dua belah pihak.

Kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak telah melaksanakan jalinan kerjasama dengan PTPTN dalam usaha membantu pelajar Sarawak meringankan beban hutang pinjaman PTPTN masing-masing.

Melalui kerjasama ini, Kerajaan Negeri Sarawak akan membayar sebanyak 30 peratus daripada baki hutang pinjaman PTPTN terkini bagi peminjam yang telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus hutang pinjaman PTPTN mereka.

NORLIZA ABD. RAHIM

Sejak diperkenalkan insentif ini pada tahun 2020, kerajaan negeri melalui Yayasan Sarawak telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM77.99 juta dengan seramai lebih 22,000 peminjam telah menerima manfaat ini. Inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak ini membuktikan sokongan serta merupakan usaha proaktif kerajaan negeri dalam memastikan peminjam PTPTN yang terdiri daripada anak-anak Sarawak bebas daripada belenggu hutang.

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abd. Rahim berkata: “Saya berharap Kerajaan Negeri Sarawak akan terus menyokong usaha yang dibuat oleh PTPTN untuk membudayakan pembayaran balik pinjaman dalam kalangan masyarakat untuk kesinambungan pinjaman kepada generasi akan datang. Rakyat negeri Sarawak amat bertuah kerana mempunyai kerajaan yang prihatin dalam menyediakan keperluan rakyat terutamanya dari aspek kewangan bagi tujuan pengajian tinggi.”

Bagi memudahkan urusan, peminjam PTPTN tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan. PTPTN akan mengenal pasti pelajar yang telah menamatkan pengajian mereka dengan jayanya dan bayaran balik pinjaman PTPTN telah mencapai 30 peratus dan ke atas. Para peminjam boleh membuat semakan bagi nama peminjam yang layak melalui portal rasmi www.ptptn.gov.my/SemakanInsentif­BayaranBalikAnakSarawak dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut, para peminjam boleh menghubungi Careline PTPTN melalui talian di 03 – 2193 3000 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan melalui Soalan Lazim di Portal PTPTN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya