Pemimpin UMNO harus bertanggungjawab atas kekalahan BN

PRN : Semua pemimpin UMNO harus bertanggungjawab atas kekalahan BN

DATUK JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pemimpin UMNO di semua peringkat harus bertanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir semalam. 

Beliau berkata, tanggungjawab itu termasuklah kepada lima pimpinan tertinggi UMNO iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden selain Majlis Tertinggi (MT) dan Ketua-Ketua Bahagian di setiap negeri. 

“Saya secara peribadi, walaupun baru lima bulan menjawat jawatan Naib Presiden turut bertanggung jawab di atas kekalahan ini.

“Oleh itu, semua pemimpin UMNO di setiap peringkat termasuk sayap Wanita, Pemuda dan  Puteri kena bertanggungjawab atas kekalahan ini. 

“Kita kena melihat semula sama ada cara UMNO ditadbir selama ini dapat terus menarik sokongan orang Melayu pada masa akan datang. 

“Kita perlu melihat perkara ini dari sekarang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) pada 2027,” kata Ahli Parlimen Titiwangsa itu kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Dewan Yayasan Bena Nusa, Taman Maluri dekat sini hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN