PRN: Prof. Mat tidak keseorangan pertahan kemenangan PH di DUN Batu Maung - Utusan Malaysia

PRN: Prof. Mat tidak keseorangan pertahan kemenangan PH di DUN Batu Maung

MOHAMAD Abdul Hamid ketika menjalankan ziarah mesra bertemu pengundi-pengundi di DUN Batu Maung pada PRN Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Calon gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung,
Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid dari PKR bertuah kerana tidak keseorangan semasa berkempen.

Ini kerana beliau yang lebih dikenali sebagai Prof. Mat dalam kalangan penduduk setempat mendapat sokongan padu daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Abdul Halim Hussain dan bekas-bekas ADUN kawasan berkenaan.

Malah, ketika hari penamaan calon,
tiga bekas ADUN Batu Maung iaitu Datuk Ir. Mansor Musa (2004-2008); Datuk Abdul Malik Abul Kassim (2008-2018) serta Abdul Halim (2018-2023) tampil memberikan sokongan dengan turun bersama-samanya ke pusat penamaan calon.

Prof. Mat yang merupakan bekas Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (Kitab) Pulau Pinang berkata, sokongan yang diberikan oleh bekas-bekas ADUN Batu Maung itu memberikan semangat kepadanya untuk terus berkempen bagi memastikan kerusi DUN Batu Maung kekal di tangan PKR dan PH-BN.

”Saya tidak keseorangan dalam PRN ini kerana saya mendapat bantuan dan sokongan padu daripada semua pihak terutama bekas-bekas ADUN Batu Maung.

”Selepas sahaja saya diumumkan sebagai calon kerusi DUN Batu Maung, orang pertama yang saya jumpa ialah bekas ADUN Batu Maung, Abdul Halim dan beliau menyatakan sokongan untuk membantu saya mengekalkan kemenangan PKR di sini,” katanya di sini hari ini.

MOHAMAD Abdul Hamid ketika menjalankan ziarah mesra bertemu pengundi-pengundi di DUN Batu Maung pada PRN Pulau Pinang semalam.

Menurut Prof. Mat, penerimaan pengundi pelbagai kaum terhadap kempen yang dijalankan juga positif, malah beliau turut bertemu dengan penyokong-penyokong UMNO di sekitar DUN berkenaan.

”Kita nampak sokongan pengundi bertambah kepada PH dan saya juga terima maklum balas positif daripada penyokong UMNO semasa saya turun bertemu mereka,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, bagi pusingan pertama kempen pada minggu ini, beliau menggunakan pendekatan ziarah mesra bagi bertemu penduduk dan pengundi di Batu Maung.

”Saya bertemu mereka di lokasi-lokasi seperti di kedai makan, padang bola dan sebagainya dan selepas ziarah mesra selesai barulah saya akan fokus kepada ceramah-ceramah kelompok pula di lokasi-lokasi yang akan ditetapkan nanti,” katanya.

Sementara itu, katanya, sebagai seseorang yang datang daripada latar belakang akademik, beliau sudah pasti akan memperjuangkan agenda pendidikan di kawasan DUN Batu Maung.

”Saya melihat di sini majoriti penduduk adalah nelayan dan ada isu keciciran pelajar berlaku, jadi saya mahu pastikan isu ini diatasi.

”Saya mahu bawa lebih banyak peluang pendidikan menerusi jurusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan kemahiran di kawasan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya