PN pastikan manifesto segera dilaksana di Selangor - Muhyiddin

PN pastikan manifesto segera dilaksana di Selangor – Muhyiddin

Manifesto PN
MUHYIDDIN Yassin ketika berucap pada ceramah itu di Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Perikatan Nasional (PN) akan memastikan segala janji terkandung dalam manifesto ditawarkan kepada rakyat Selangor dilaksanakan segera selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses pelaksanaan mesti dilakukan bagi membolehkan segala janji dalam manifesto ditunaikan dan tidak tertangguh terlalu lama.

“Kenapa tidak boleh lambat (sebab) rakyat hari ini tidak boleh tahan walaupun sehari (akibat tekanan kos sara hidup).

“Jika PN menang dan mentadbir Selangor, sudah tentu kerajaan dibentuk mempunyai komitmen besar bagi memastikan manifesto bertemakan ‘Selangor Baharu, Kita Bangkit’ dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Selangor bernilai lebih RM2 bilion terlaksana,” katanya ketika berucap pada ceramah Restart Permatang, Ayuh Bangkit Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Beliau menambah, negara ketika ini berdepan pelbagai masalah namun tiada peruntukan disediakan kerajaan Persekutuan sehingga RM100 bilion bagi membantu rakyat.

“Selangor kecil pun jika PN menang (sedia peruntukan RM2 bilion) daripada simpanan untuk selesai masalah rakyat. Menteri Besar Selangor yang dilantik mengetuai PN mestilah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memulihkan dan memajukan negeri ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, Muhyiddin mahu satu badan pemantau bebas juga perlu diwujudkan bagi memantau perbelanjaan digunakan bagi melaksanakan semua janji manifesto PRN Selangor.

“Semua perbelanjaan termasuk penerima manfaat itu mesti direkod dalam sistem bagi memastikan pengagihan dilaksanakan secara adil dan menyeluruh.

“Sistem (dilaksanakan mesti mudah dan mesra pengguna) contohnya bagaimana cara memohon bantuan dan paling penting jangan mohon hari ini, tiga tahun baru nak lulus,” jelasnya.

Tambah beliau, rakyat tidak mahu rakyat merungut kerajaan hanya pandai menabur janji sebelum pilihan raya.

“Bila sampai pilihan raya, (pengundi) cakap (kita) bohong kata janji nak buat cepat, tetapi dah tiga tahun tak selesai.  Justeru, kita akan teliti dan lihat (manifesto rakyat) supaya ia akan dilaksanakan sepenuhnya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya