HAKIKAT kemenangan gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) adalah tidak seperti Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) apabila PH khususnya dinafikan kemampuan untuk peroleh majoriti dua pertiga oleh Perikatan Nasional (PN). Malah, jika dibandingkan dengan PRU15 peringkat Parlimen negeri ini pada November tahun lalu, perolehan undi mereka menunjukkan kemerosotan ketara termasuklah Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari di Sungai Tua. Jika diteliti keputusan PRU15 dan…










