PM ucap takziah pada Sultan Terengganu

PM ucap takziah pada Sultan Terengganu

FATIMAH @ SHARIFAH NONG ALSAGOFF ABDILLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan takziah pada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta Kerabat Diraja atas kemangkatan bonda, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah, hari ini.

“Semoga KDYMM Tuanku dan seluruh Kerabat Diraja tabah menghadapi dugaan ini dan mendoakan agar roh Almarhumah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tengku Besar Terengganu mangkat di Kuala Lumpur pada 3.17 pagi tadi dan dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, di sini, petang ini.

Datuk Pengelola Diraja, Datuk Mohd. Sopian Abu Bakar melalui satu kenyataan memaklumkan, jenazah Allahyarham dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus dekat sini dengan pesawat khas.

“Seterusnya, jenazah akan dibawa ke Istana Al-Muktafi Billah, Kuala Terengganu dengan kereta jenazah untuk penghormatan terakhir.

“Selepas solat Asar dan solat jenazah, istiadat pemakaman akan dimulakan,” katanya.

Sultan Terengganu juga memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari bermula hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN