Piala Malaysia: Sang Penyu teruskan kemaraan, tumpaskan KL Rovers 3-0 - Utusan Malaysia

Piala Malaysia: Sang Penyu teruskan kemaraan, tumpaskan KL Rovers 3-0

PEMAIN TFC, Mohd. Nor Hakim Mazlan (kanan) diasak pemain KL Rovers FC pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Gong Badak, Kuala Nerus, malam ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) meneruskan kemaraan dalam Piala Malaysia selepas mengalahkan KL Rovers 3-0 di peringkat pusingan 16 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi.

Kemenangan 7-0 secara agregat itu menyaksikan skuad Penyu akan membuat perhitungan dengan Selangor FC atau PDRM pada suku akhir, pertengahan September nanti.

Awal permainan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan melalui sepakan percuma pemain KL Rovers, Mohammad Amer Saidin minit keenam serta rembatan deras Ivan Mamut minit kelapan.

TFC memiliki peluang terbaik pada minit ke-12 apabila bola hantaran Norhakim Hassan dari sebelah kanan yang ditanduk Hakimi Abdullah mengenai palang gol pelawat.

Dua minit kemudian giliran voli kencang daripada Mamut menggegar palang sebelum tindakan susulan Norhakim mudah dibaca penjaga gol KL Rovers, Ameerul Eqwan Fauzi.

Gol dicari-cari TFC akhirnya menjelma selepas umpanan bek kanan, Muhammad Safwan Mazlan mudah disambar Norhakim untuk gol pembukaan minit ke-32.

Bersambung babak kedua, tuan rumah berusaha melebarkan kelebihan menerusi percubaan berturut-turut Mamut (m-55) dan Nurillo Tukhtasinov (m-60) namun gagal menemui sasaran.

Jaringan Liridon Krasniqi minit ke-72 disusuli gol kedua peribadi Norhakim minit ke-90 hasil kesilapan penjaga gol lawan kemudian memastikan TFC menamatkan permainan dengan kemenangan 3-0. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya