PETALING JAYA: Gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus sokongan pengundi atas pagar terus berpihak kepada mereka dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan pada 12 Ogos ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abd. Halim berkata, sokongan pengundi atas pagar amat penting bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kerajaan Perpaduan dalam enam PRN ini. Bagaimanapun, kata beliau, kerajaan akan…