Pesawah tanah jerlus mohon pampasan

Pesawah tanah jerlus mohon pampasan

PESAWAH memasang rantai untuk menarik jentuai yang terbenam dalam sawah akibat tanah lembut menggunakan traktor di Parit Mat Ali Kuala Kurau, Parit Buntar. – UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Pesawah yang terlibat masalah tanah sawah jerlus memohon diberikan pampasan jika tanah sawah itu ‘direhatkan’ daripada ditanam padi selama semusim.

Cadangan tanah jerlus direhatkan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Piandang bertujuan memulihkan semula struktur tanah sawah yang terlibat supaya kembali keras.

Tanah sawah jerlus menyebabkan mesin jentuai terbenam dalam tanah dan padi tidak dapat dituai.

Pesawah yang ditemui menyokong cadangan itu namun memohon pampasan diberikan kepada pesawah yang terlibat kerana mereka tidak dapat menanam padi selama kira-kira setengah tahun.

Pesawah, Muhammad Taufiq Abdul Hamid, 38, berkata, cadangan merehatkan tanah sawah yang terlibat itu merupakan satu usaha yang baik bagi memulihkan semula struktur tanah agar kembali keras.

Katanya, apabila tanah sawah direhatkan daripada ditanam selama semusim, semua lopak dan tanah yang tidak rata akibat mesin tuai padi yang terbenam dapat dipulihkan

Menurutnya, sekiranya usaha rehatkan tanah sawah itu hendak dilaksanakan kerajaan perlu bagi bantuan kepada pesawah yang terjejas.

“Jika direhatkan pada musim kehadapan ia akan mengambil masa hampir setengah tahun.

“Begitupun kami berharap kerajaan menyediakan bantuan kepada pesawah yang terlibat kerana kami tidak dapat menanam padi selama semusim,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi, 40, berkata, selain merehatkan tanah sawah, parit air perlu diselenggarakan dengan baik seperti mendalam dan membersihkannya daripada tumbuh-tumbuhan.

Menurutnya, ini perlu untuk membolehkan parit saliran dapat berfungsi dengan sempurna agar air yang keluar dari petak sawah mengalir dengan lancar bagi mengeringkan petak sawah.

“Sekiranya pampasan diberikan kepada pesawah yang tanah sawahnya direhatkan, biarlah ia dibayar mengikut keluasan sebenar yang diusahakan.

“Ini kerana keluasan yang diusahakan pesawah berbeza keluasannya, ada yang sedikit ada, ada yang luas,” katanya.

Semalam, PPK Tanjung Piandang mendakwa rugi RM1.8 juta apabila hanya 40 peratus daripada 2,460 hektar sawah di mukim itu dapat dituai pada musim pertama tahun ini akibat tanah sawah jerlus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya