Adira Suhaimi mahu lafaz rujuk segera diselesaikan - Utusan Malaysia

Adira Suhaimi mahu lafaz rujuk segera diselesaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Adira Suhaimi memaklumkan bahawa kes lafaz rujuk membabitkan dia dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu masih belum selesai dan akan dibawa ke mahkamah pada Rabu ini.

Adira berkata, perkara itu harus diselesaikan segera bagi membolehkan dia dan Adnan menjalani kehidupan seperti biasa.

“Sebenarnya belum selesai. Macam mana pun saya kena hadap perkara itu, harus diselesaikan dengan segera.

“Saya pun kena ada kehidupan saya sendiri. Saya harap ia akan selesai dengan tenang, tanpa pergaduhan.

“Saya percaya, Datuk Red pun nak selesaikan dengan tenang. Jadi prosiding mahkamah seterusnya adalah 23 April 2026, minggu depan. Tolong doakan saya.

“Macam mana pun saya selesa dengan keadaan saya sekarang. Saya harap benda ini selesai tanpa ada drama,” katanya.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat menetapkan 23 April depan sebagai tarikh perbicaraan pertama bagi permohonan pengesahan lafaz rujuk pasangan berkenaan.

Adira memaklumkan dia tidak terganggu dengan kes tersebut kerana mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan.

“Kalau ikutkan, Alhamdulillah saya berada dalam kalangan sistem yang sangat ‘supportive’. Contoh seperti keluarga, kawan-kawan saya.

“Saya rasa tidak terganggu kerana pernah hadap perkara yang lebih berat sebelum ini. Alhamdulillah perkara ini kecil sahaja dan harus segera diselesaikan,” katanya lagi.

Disoal tentang pembabitan anaknya, Anggerik dalam rancangan Talk To My Manager, Adira memaklumkan Adnan sedar justeru mengalu-alukan bekas suaminya untuk memberi sokongan.

“Dia sedar, bersetuju dan Alhamdulillah beri sokongan. Insya-Allah, kalau ada masa, dia akan datang.

“Macam mana pun, ini adalah anak dia. Jadi kalau dia nak begi sokongan kepada Anggerik dalam pertandingan ini, Alhamdulillah syukur. Saya akan tetap menadah tangan untuk dia,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya sekiranya terpangil untuk mengikuti langkah Ameng yang berkongsi pentas dengan Azeva Natasya dalam pertandingan sama, Adira memberikan jawapan sendiri.

“Untuk Anggerik, saya tidak merancang untuk berbuat demikian. Dia masih kanak-kanak, jadi belum terbuka kendalikan emosinya.

“Anggerik masih kecil, jadi saya tetap mahukan dia nampak kanak-kanak. Saya kalau boleh tak nak paksa emosinya melainkan dia bersedia.

“Dan kalau boleh saya tak mahu berdrama dalam pertandingan ini, cuma mahu tonjolkan apa yang dia ada,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN