PETALING JAYA: Perkhidmatan web dan perbankan mudah alih, Maybank2u iaitu bagi aplikasi M2U dan aplikasi MAE kembali pulih selepas tergendala hari ini.
Menurut kenyataan Maybank, ia juga melibatkan penggunaan kad debit dan kredit.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” katanya.
Jelas Maybank, bagi sebarang bantuan, boleh kemukakannya melalui mesej peribadi atau hubungi Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1-300-88-6688 (Malaysia) atau +603-7844 3696 (luar negara). – UTUSAN










