Penganggur mengaku bersalah tuduhan cubaan bunuh dua anak saudara - Utusan Malaysia

Penganggur mengaku bersalah tuduhan cubaan bunuh dua anak saudara

MOHAMMAD AZMIN Hamanullah, 28, ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen, George Town, Pulau Pinang hari ini atas dua tuduhan cubaan membunuh anak saudaranya berusia 44 hari dan tiga tahun, pada 2 Ogos lalu. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua tuduhan cubaan membunuh dua anak saudaranya yang berusia 44 hari dan tiga tahun, pada 2 Ogos lalu.

Tertuduh, Mohammad Azmin Hamanullah, 28, membuat pengakuan berkenaan selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohammad Azmin dituduh dengan niat telah melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang bayi perempuan berusia 44 hari.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 2 Ogos, kira-kira pukul 3 petang, di Flat Nusantara, Jalan Makloom, di sini.

Bagi pertuduhan kedua, Mohammad Azmin dituduh dengan niat telah melakukan perbuatan cubaan membunuh sehingga menyebabkan kecederaan kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di lokasi dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda, namun jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan kepada seseorang, maka boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong dan Nurnajihatul Idayu Mohd. Azuyar.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong memohon agar tertuduh dihantar untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental dengan mengguna pakai Seksyen 342 (5) Kanun Prosedur Jenayah.

Hakim kemudian mengarahkan tertuduh menjalani penilaian kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak dan tertuduh tidak dibenarkan dijamin.

Mazdi kemudian menetapkan 11 September depan sebagai sebutan semula kes berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mengalami kecederaan patah kaki kiri dan cedera pada mulut akibat dicampak suspek dari tingkat satu koridor rumah berkenaan.

Dalam kejadian itu, adik kanak-kanak perempuan itu berusia 44 hari turut dihempas ke lantai rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya