Pada 5 Mei 1987, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang wanita berusia 21 tahun, Siti Hajar Hussain ditemui mati di tandas lelaki Hospital Besar Kuala Terengganu dalam keadaan mengerikan dengan colinya terjerut di leher dan sebahagian badannya melecur akibat kesan terbakar.
Siti Hajar merupakan seorang warga asing yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kota Bharu dan dipercayai dibunuh dalam tempoh 24 jam dari waktu mayatnya ditemui pada pukul 10 pagi oleh kakitangan hospital berkenaan.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 5 Mei 1984 – Pembukaan bandar baru ‘Green Town‘ di Ipoh, Perak yang menelan kos sebanyak RM350 juta di atas tapak seluas 32 hektar akan dibiayai oleh UDA, PKNP dan Majlis Perbandaran Ipoh.
- 5 Mei 1985 – Seorang ibu muda, Moah Nordin, 26 tahun telah melahirkan anaknya yang keempat di depan pintu masuk Wisma Bernama di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur ketika sedang menunggu teksi untuk ke hospital.
- 5 Mei 1986 – Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan dilaporkan hilang dari wad bersalin Hospital Besar Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










