Pas pandai mohon maaf, tapi ulang kesilapan sama - Guan Eng

Pas pandai mohon maaf, tapi ulang kesilapan sama – Lim Guan Eng

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Budaya politik Pas disifatkan cuma ‘pandai’ memohon maaf agar tidak menerima kecaman, tetapi parti itu akan mengulangi kesilapan yang sama.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, permohonan maaf itu bagaimanapun tidak bernilai selagi mana Pas terus mengiyakan fitnah dan sikap bongkak sebagai senjata politik.

“Inilah perilaku Pas. Fitnah dan sikap angkuh lebih suci daripada semua memang budaya politik mereka.

“Selepas didedahkan bohong atau bersikap kasar, terpaksa pula minta maaf agar tidak dikutuk oleh masyarakat atau dikenakan tindakan mahkamah. Tapi lepas itu mereka akan ulangi kesilapan serupa lagi.

“Permohonan maaf nampaknya tidak bernilai dan bermakna lagi selagi Pas terus mengiakan fitnah dan sikap bongkak sebagai senjata politik. Terimalah yang benar tolak yang batil,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Guan Eng berkata demikian merujuk kepada tindakan lidah rasmi Pas, Harakah Daily yang membuat permintaan maaf kepadanya dan kepada Presiden Parti Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau.

Portal rasmi Pas sebelum ini memohon maaf kepada Guan Eng selepas mendakwa seorang bekas ahli DAP yang menyertai parti itu pernah berkhidmat sebagai penasihat khas kepadanya ketika beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Hari ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan memohon maaf kepada Dominic Lau yang didakwa dihalang menghadiri ceramah parti itu di Pulau Pinang, Selasa lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×