Pas berjaya peroleh kerusi majoriti Terengganu, Kelantan - SPR

Pas berjaya peroleh kerusi majoriti Terengganu, Kelantan – SPR

ABDUL Ghani Salleh ketika sidang akhbar di SPR, Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pas berjaya mempertahankan pemerintahan di Kelantan dan Terengganu selepas memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, bagi keseluruhan pengundian sehingga pukul 9.45 malam di Terengganu, Pas memenangi sejumlah 17 kerusi daripada 32 kerusi diperuntukkan.

“Dengan ini, Pas berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.

Abdul Ghani berkata, bagi negeri Kelantan pula, Pas menang sejumlah 23 kerusi daripada 40 kerusi diperuntukkan dalam PRN kali ini.

“Pas juga berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus dari jumlah kerusi dipertandingkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya