KOTA BHARU: Tindakan seorang peguam beragama Islam dan berasal dari Kelantan bersama anaknya mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 mengundang kekecewaan Menteri Besar baharu, Datuk Mohd. Nasuruddin Daud. Beliau berkata, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 diperjuang sejak era pentadbiran Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan diluluskan dengan perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V serta dikuatkuasakan pada 2021. “Sekarang ini undang-undang jenayah Syariah yang…