Mohamad, Jagdeep dilantik Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Mohamad, Jagdeep dilantik Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang

MOHAMAD ABDUL HAMID dan JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, hari ini.

Sementara itu, ADUN Datok Keramat daripada DAP, Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II.

Kedua-dua mereka yang mengetuai lantikan Exco kerajaan hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dalam majlis istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di Dewan Sri Pinang, di sini hari ini.

Mereka merupakan antara 10 Exco Kerajan Negeri Pulau Pinang baharu yang dilantik termasuk seorang wakil daripada Barisan Nasional (BN) yang kembali dalam pentadbiran kerajaan negeri selepas 15 tahun.

Wakil daripada BN berkenaan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh, Rashidi Zinol yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar.

Sementara itu, kombinasi barisan Exco Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang kali ini menampilkan lapan wakil dari DAP diketuai Kon Yeow; Jagdeep Singh Deo; Zairil Khir Johari; S. Sundarajoo; H’ng Mooi Lye; Lim Siew Khim; Daniel Gooi Zi Sen dan Wong Hon Wai.

Selain mereka, dua wakil daripada PKR yang dilantik pula ialah Mohamad serta Fahmi Zainol.

Secara keseluruhan juga, barisan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang kali ini menampilkan tujuh muka baharu dalam pentadbiran kerajaan negeri terdiri daripada Mohamad; Fahmi; S. Sundarajoo; H’ng Mooi Lye; Lim Siew Khim; Daniel Gooi Zi Sen dan Rashidi.

Sementara itu, Lim Siew Khim yang juga ADUN Sungai Pinang menjadi satu-satunya wakil rakyat wanita dalam pentadbiran kerajaan negeri kali ini.

Berikut merupakan senarai penuh barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang :

Chow Kon Yeow ( ADUN Padang Kota):
-Ketua Menteri
-Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi

Timbalan Ketua Menteri I:
Prof. Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid (ADUN Batu Maung)
-Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat

Timbalan Ketua Menteri II:
Jagdeep Singh Deo (ADUN Datok Keramat)
-Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi

Rashidi Zinol (ADUN Sg Acheh):
-Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan & Luar Bandar

Zairil Khir Johari (ADUN Tanjong Bunga):
-Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital

Wong Hon Wai (ADUN Paya Terubong):
-Pelancongan dan Ekonomi Kreatif

Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang):
-Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam

H’ng Mooi Lye (ADUN Jawi):
-Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa

Gooi Zi Sen (ADUN Padang Lalang):
-Belia, Sukan dan Kesihatan

Datuk Seri S. Sundarajoo (ADUN Perai):
-Perumahan dan Alam Sekitar

Fahmi Zainol (ADUN Pantai Jerejak):
-Agroteknologi & Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya