Mayat lelaki ditemukan mereput di dalam rumah

Mayat lelaki ditemukan mereput di dalam rumah

BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan membengkak dan mereput di sebuah rumah di Jalan Penghulu Seksyen 2, Bandar Mahkota Cheras, di sini, malam tadi.

Satu panggilan kecemasan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berhubung penemuan mayat itu, kira-kira pukul 11.30 malam.

Pengarahnya, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, seramai tujuh anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kami dimaklumkan oleh polis untuk membantu mereka mengeluarkan mayat lelaki tempatan berusia 46 tahun itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Md. Razali berkata, lelaki itu dipercayai tinggal seorang diri di sebuah rumah pangsa di tingkat empat.

“Mayat lelaki terbabit dikeluarkan oleh pihak bomba dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN