‘Malapetaka andai dipaksa undi parti tertentu’

‘Malapetaka andai dipaksa undi parti tertentu’

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan malapetaka untuk negara jika anggota keselamatan dipaksa untuk mengundi parti tertentu dalam proses pengundian awal, hari ini.

Katanya, ia sesuatu yang tidak wajar seandainya  benar mesej yang ditularkan dalam media sosial hari ini mengenai perkara itu.

“Malapetaka untuk negara jika benar mesej yang ditularkan dalam media sosial hari ini, kononnya terdapat anggota keselamatan beruniform dalam negara kita, di Terengganu telah tanpa kerelaan mereka dipaksa untuk mengundi parti tertentu dalam proses pengundian awal pada hari ini dengan ugutan kerja dan imbuhan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Bagaimanapun beliau yang mempertahan kerusi DUN Ru Rendang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini berharap berita seperti itu tidak benar.

“Saya berharap berita seperti ini tidak betul kerana aktiviti sebegini adalah layak dicemuh seluruh warga manusia dan merupakan satu kemunduran kepada sistem demokrasi negara,” katanya .

Sesungguhnya, kata beliau, manusia mungkin boleh dipaksa, ditahan, diugut tetapi jangan ingat ia  boleh dilupakan begitu sahaja kepada yang terbabit atau menjadi pelaksananya.

“Jika benar terjadi pada zaman yang sukar untuk menyembunyikan sebarang operasi rahsia seperti ini, maka nantilah saat negara kita yang dicintai ini terperosok ke zaman lampau yang jauh daripada perpaduan, keharmonian dan sejahtera,” katanya lagi.

Hari ini adalah pengundian awal yang melibatkan 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri yang terlibat PRN.

Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena PRN di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi tadi.

Menurut laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Daftar Pemilih Pilihan Raya yang digunakan untuk PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta PRK Kuala Terengganu adalah daftar pemilih terkini yang dikemas kini sehingga 21 Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya