Mahu bunuh diri kerana isteri minta cerai

Mahu bunuh diri kerana isteri minta cerai

ANGGOTA bomba ketika proses memujuk mangsa supaya tidak membunuh diri di Tasik Puncak Bestari, Kuala Selangor, hari ini. - UTUSAN/MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang lelaki cuba bunuh diri dengan cuba melompat dari sebuah papan tanda di Tasik Puncak Bestari di sini, selepas isterinya meminta cerai hari ini.

Malah difahamkan lelaki berumur 50-an itu meracau apabila anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya cuba menyelamatkannya terjun daripada papan tanda tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, lima anggota termasuk pegawai dari balai bomba berkenaan bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 8.35 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian didapati lelaki berkenaan turut mengugut untuk terjun ke bawah pada ketinggian kira-kira 12 meter.

“Kami memujuknya supaya tidak berbuat demikian, namun dia pada mulanya berkeras dan nekad meneruskan niatnya untuk membunuh diri,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, isteri mangsa juga memujuk mangsa supaya dia membatalkan niatnya itu.

Setelah proses memujuk berjalan selama dua jam, akhirnya lelaki terbabit berjaya ditenangkan dan anggota bomba berjaya menurunkannya dari papan tanda itu dengan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN