Mahkamah batal rayuan Najib singkir peguam Tommy Thomas

Mahkamah batal rayuan Najib singkir peguam Tommy Thomas

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan sebentar tadi menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyingkirkan dua peguam daripada firma guaman Tetuan Tommy Thomas daripada mewakili bekas Peguam Negara itu.

Hakim Datuk Hanipah Farikullah ketika membaca penghakiman ringkasnya menyatakan tiada sebarang kekhilafan yang membolehkan Mahkamah Rayuan campur tangan.

“Pada pandangan kami, peguam-peguam (yang mewakili Tommy) mampu untuk mengekalkan profesionalisme dalam mencapai keadilan.

“Secara kesimpulannya, rayuan ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan,”katanya.

Turut bersidang ialah Hakim-Hakim Datuk Azimah Omar dan Datuk Azhahari Kamal Ramli.

TOMMY THOMAS

Najib, 69, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2022 yang menolak permohonannya untuk menggugurkan dua peguam daripada mewakili Tommy Thomas dalam saman Najib terhadap bekas peguam negara itu.

Najib mendakwa pelantikan Gomez dan Lai Wei Shiung bagi mewakili Thomas adalah tidak sesuai kerana mereka adalah dari firma yang sama dengan Tommy.

Najib membuat permohonan tersebut dalam kes samannya terhadap Tommy yang menuntut ganti rugi RM1.9 juta.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa Tommy telah melakukan misfeasans (salah laku dalam jawatan awam) dan turut mendakwa pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada perbuatan yang dirancang lebih awal oleh Thomas dan selaras dengan rancangan kerajaan Pakatan Harapan ketika itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya