Lelaki warga emas tidak sedarkan diri 

Lelaki warga emas tidak sedarkan diri 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas ditemukan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta Proton Wira di tepi jalan di Taman Kinrara, Puchong, Serdang di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan pada 2.24 petang bagi bantuan membuka pintu kereta berkunci.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati seorang lelaki tempatan berusia 61 tahun tidak sedarkan diri di dalam kereta.

“Pintu kereta berjaya dibuka dan mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya