Lelaki patah pergelangan tangan kiri akibat ditembak - Utusan Malaysia

Lelaki patah pergelangan tangan kiri akibat ditembak

KESAN tembakan pada kereta yang dinaiki mangsa dalam kejadian di jalan utama Segari-Pantai Remis semalam. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang lelaki berusia 26 tahun patah pergelangan tangan kiri selepas dipercayai ditembak dua lelaki tidak dikenali di depan sebuah rumah kosong di Jalan Segari – Pantai Remis, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata kejadian berlaku ketika mereka sedang melakukan urusniaga sarang burung walid.

“Pada 2 Ogos (semalam), kira-kira pukul 5.05 petang, pihak polis telah terima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian tersebut yang berlaku di hadapan sebuah rumah tidak berpenghuni di tepi jalan utama Segari – Pantai Remis.

“Hasil pemeriksaan pasukan forensik di tempat kejadian berjaya menemui dua butir kelongsong peluru,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.

Beliau memaklumkan, polis menyiasat punca sebenar kejadian tersebut.

Katanya, kes itu diklasifikasi sebagai percubaan membunuh dan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut untuk berhubung dengan Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Inspektor Muhamad Irsyadiman Allmui di talian 011-17836233. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya