Ketua Pemuda UMNO Ketereh ikut langkah Annuar keluar parti

Ketua Pemuda UMNO Ketereh ikut langkah Annuar keluar parti

ANNUAR Musa (duduk, kiri) bersama Abdul Hadi Awang dan AJK UMNO Cawangan Chabang Tiga Haji Musa yang keluar dari parti itu pada majlis pengisytiharan di Bukit Marak, Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Afiq Amani Annuar menjadi antara pemimpin muda UMNO yang  keluar daripada parti itu hari ini.

Pengumuman itu dibuat bekas Ketua UMNO Bahgaian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dalam satu sidang akhbar di rumahnya di Bukit Marak di sini

Selain Afiq Amani, Pengurusi Tetap UMNO Bahagian Ketereh Kamarudin Said dan Ketua Wanita UMNO Sabariah Hamzah turut diumum keluar dari parti itu.

Annuar berkata, pada masa sama Ahli Jawatankuasa (AJK) Cawangan UMNO Chabang Tiga Haji Musa turut bertindak melepaskan jawatan yang disandang dalam parti ketika ini keluar secara beramai-ramai sekali gus membubarkan saf kepimpinan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pengisytiharan itu melibatkan 20 individu tersebut bermula dari Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap sehinggalah 14 AJK.

“Kesemua mereka yang keluar hari ini bersetuju untuk menyokong Pas pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

“Selain itu, bekas pemimpin UMNO sebelum turut mengumumkan keluar parti termasuk AJK Wanita dan kepimpinan pelbagai peringkat di Parlimen Ketereh,” katanya semasa pengisytiharan keluar dan melepaskan jawatan beramai-ramai dalam UMNO di Bukit Marak di sini hari ini.

 

Hadir sama semasa pengisytiharan itu Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor Wan Rahimi Wan Daud.

Bekas Setiausaha Agung UMNO memberitahu, beliau berharap tindakan itu dapat menjadi solidariti rakyat untuk memberi undi kepada Pas pada PRN nanti.

Katanya, setakat ini beliau tidak dapat memberikan jumlah sebenar ahli UMNO di bahagian itu akan bertindak keluar daripada parti tersebut.

“Jumlah itu tidak boleh dihitung. Semua yang keluar ini terdiri daripada pemimpin UMNO Ketereh.

Kemungkinan anak, isteri, sahabat dan menantu mengikut jejak langkah mereka selepas ini. Saya tidak boleh menyatakan angka,” ujarnya.

Annuar bagaimanapun berkata, jumlah itu hanya akan diketahui semasa penjumlahan undi pada PRN nanti.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya