China lancar misi kecemasan pertama ke stesen angkasa Tiangong

China lancar misi kecemasan pertama ke stesen angkasa Tiangong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China berjaya melaksanakan pelancaran kecemasan pertama ke angkasa tanpa sebarang insiden pada Selasa, dalam usaha negara itu menutup risiko keselamatan di stesen angkasa selepas sebuah kapal angkasa mengalami kerosakan di orbit awal bulan ini.

Kapal angkasa tanpa pemandu Shenzhou-22 dilaporkan berlepas menggunakan roket Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China pada pukul 12.11 tengah hari (waktu tempatan), menurut Agensi Angkasa Berawak China (CMSA).

Dalam satu kenyataan di platform rasmi WeChat, CMSA memaklumkan, kapal angkasa itu berjaya dipisahkan daripada roket dan memasuki orbit yang dirancang. Misi pelancaran ini mencapai kejayaan sepenuhnya.

Rakaman yang dikongsi penyiar negara CCTV menunjukkan roket berkenaan meluncur ke angkasa dengan nyalaan api yang terang dengan permukaan bumi kelihatan apabila kapal memasuki orbit.

Kapal itu kemudian menuju ke stesen angkasa Tiangong, yang dihuni secara tetap dan melakukan proses berlabuh pada jam 3.50 petang (waktu tempatan), lapor CCTV.

Shenzhou-20 sebelum ini dijadualkan membawa pulang tiga angkasawan China ke bumi pada 5 November, namun didapati tidak layak untuk penerbangan pulang selepas tingkap kapsul pendaratnya retak, dipercayai akibat hentaman serpihan angkasa, menurut CMSA.

Insiden itu memaksa pihak berkuasa angkasa China pada 14 November menggerakkan satu-satunya kapal angkasa lain yang masih layak digunakan, iaitu Shenzhou-21 yang tiba di stesen angkasa pada akhir Oktober bersama tiga angkasawan baharu.

Dengan keberangkatan Shenzhou-21 enam bulan lebih awal daripada jadual, kru di Tiangong dibiarkan tanpa kapal angkasa yang selamat digunakan selama 11 hari, satu risiko keselamatan yang kini diatasi dengan ketibaan Shenzhou-22.

“Pelancaran kecemasan ini merupakan yang pertama bagi China, namun saya berharap ia juga yang terakhir sepanjang penerokaan manusia di angkasa,” kata pegawai CMSA, He Yuanjun.

Shenzhou-22 turut membawa bekalan perubatan, alat ganti untuk Tiangong, serta peralatan bagi membaiki retakan pada tingkap Shenzhou-20 yang masih berlabuh di stesen tersebut.

Turut dihantar ialah bekalan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, selain ayam panggang, stik dan kek yang boleh dimasak oleh angkasawan menggunakan ketuhar angkasa yang dipasang di Tiangong.

Menurut CMSA, kapal angkasa itu akan kekal berlabuh sehingga sekitar April 2026, sebelum digunakan untuk membawa pulang kru Shenzhou-21 ke bumi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN