Kertas siasatan himpunan LGBT dirujuk Pejabat Peguam Negara

Kertas siasatan himpunan LGBT dirujuk Pejabat Peguam Negara

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan berhubung perhimpunan didakwa berunsur lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) di hadapan sebuah pusat beli-belah di ibu kota pada 29 Julai lalu sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan dan diserahkan pada AGC semalam.

“Lapan suspek berusia antara 18 tahun hingga 56 tahun yang ditahan sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman sehari tamat pada 30 Julai lalu.

“Kertas siasatan kes berkenaan juga sudah dirujuk  semalam (Jumaat) untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui pada Program KL Cops Urbanathlon 2023 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan lapan lelaki disyaki terlibat ajaran Ahmadi Religion ditahan polis selepas terlibat dalam himpunan terbabit pada 29 Julai lalu.

Suspek yang menyertai perhimpunan itu menyatakan di Malaysia ini hak-hak LGBT disekat dan mereka melaungkan ‘down syariah court’ sambil memegang kain rentang.

Dipercayai mereka sudah menyertai kumpulan itu hampir dua tahun.

Seorang daripada  suspek baru sahaja ditahan kerana mengedarkan risalah berkaitan kepercayaan mereka di sebuah masjid di sekitar Putrajaya beberapa minggu lalu.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.- UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya