Kerja baik pulih menara komunikasi di Kampung Parit Shafie, Muar selesai

Kerja baik pulih menara komunikasi di Kampung Parit Shafie, Muar selesai

komunikasi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Susulan aduan daripada penduduk Kampung Parit Shafie, Muar mengenai masalah liputan komunikasi yang dihadapi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyantuni penduduk setempat semalam bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung aduan yang dikemukakan.

Dalam pertemuan tersebut, SKMM telah memberi penerangan kepada penduduk mengenai status semasa liputan selain memaklumkan mengenai keadaan menara komunikasi yang rosak kerana disambar petir dalam kejadian ribut di kampung tersebut, baru-baru ini.

Berikutan kejadian itu, tiga buah kampung iaitu Kampung Parit Shafie, Kampung Paya Lebar dan Kampung Parit Salman membabitkan hampir 150 buah rumah, telah terputus hubungan komunikasi.

SKMM telah menghubungi pihak penyedia perkhidmatan yang bertanggungjawab di kampung berkenaan iaitu CelcomDiGi untuk membaik pulih menara tersebut dengan segera.

Kerja-kerja baik pulih telah pun siap lewat malam tadi dan perkhidmatan liputan selular kini beroperasi seperti biasa.

Pihak SKMM akan terus memantau dan memastikan liputan di menara komunikasi tersebut dalam keadaan yang optimum demi keselesaanpenduduk.

Untuk rekod, aduan masalah liputan komunikasi ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq dalam laman media sosial beliau kelmarin. Perkara yang diketengah beliau telah menerima reaksi segera Menteri Komunikasi dan Digital,Fahmi Fadzil seterusnya tindakan oleh SKMM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya