Kerajaan Terengganu tetap lancar tanpa pembangkang - Utusan Malaysia

Kerajaan Terengganu tetap lancar tanpa pembangkang

SEBAHAGIAN daripada penyokong Pas yang hadir pada majlis pengumuman keputusan PRN  Terengganu di Rusila, Marang, sebentar tadi, - UTUSAN/PUQTRA HAORRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Kerajaan negeri Terengganu akan tetap berfungsi seperti biasa walaupun tanpa pembangkang selepas Perikatan Nasional (PN) berjaya menyapu bersih ke semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (PRN), hari ini. 

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan berperanan memberi nasihat kepada kerajaan untuk memastikan kerajaan negeri ditadbir dengan sempurna.

Pada masas sama, menurutnya, beliau juga menggalakkan budaya  memberi nasihat termasuk rakyat.

“Walaupun tidak ada pembangkang, ahli-ahli dewan (ADUN) boleh menasihati, kita akan galakkan budaya nasihat termasuk rakyat boleh mengkritik kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan PRN  Terengganu di Rusila, Marang, sebentar tadi,

Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, beliau juga menzahirkan ucapan terima kepada  pengundi dan jentera pilihan raya PN atas kemenangan bergaya di Terengganu apabila mencapai kemenangan bersejarah menguasai 32 DUN di negeri ini.

Malah, katanya, PN juga dapat mengekalkan kemenangan di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung serentak hari ini.

“Saya juga berbangga apabila PN juga mengekalkan kemenangan dengan besar di Kelantan dan Kedah, selain menambah bilangan kerusi yang besar di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya