Kerajaan negeri peruntuk RM485,000 bantuan bencana, 122 PPS diwujudkan di Perlis - Utusan Malaysia

Kerajaan negeri peruntuk RM485,000 bantuan bencana, 122 PPS diwujudkan di Perlis

MOHD Shukri Ramli (tiga dari kiri) bersama Ku Chik Ku Mat Esa (dua dari kanan) melihat pek makanan retort yang dibekalkan kepada mangsa bencana sewaktu Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementera (PPS) di Sekolah Kebangasaan Seberang Ramai, Kuala Perlis, Perlis. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri memperuntukan bajet bagi bantuan bencana berjumlah RM485,000 pada setiap tahun di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu mangsa yang terlibat dalam bencana.

Dalam masa sama, sebanyak 122 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dengan kapasiti 28,000 orang telah diwujudkan di tiga kawasan Parlimen dalam negeri ini sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang bencana.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, semua PPS terlibat terdiri daripada bangunan dewan sekolah dan dewan orang ramai dalam memberi keselesaan kepada setiap mangsa yang perlu berpindah buat sementara waktu.

“JKM juga bekerjasama rapat dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Megeri Perlis (MAIPs) dalam pengurusan pemberian bantuan kepada manga bencana di negeri ini,” katanya sewaktu Program Latih Amal dan Simulasi Pengurusan Pusat Pemindahan Sementera (PPS) di Sekolah Kebangasaan (SK) Seberang Ramai, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Bantuan Bencana negeri, Wan Badariah Wan Saad: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dan Pengarah JKM negeri, Ku Chik Ku Mat Esa.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, program tersebut mendapat penglibatan 300 orang peserta terdiri daripada wakil 15 kawasan DUN seluruh negeri, agensi-agensi utama yang terlibat dengan pengurusan di PPS, sukarelawan, dan penduduk setempat bagi merasai pengalaman simulasi tersebut.

“Program seperti ini menjadi perintis kepada program-program kesedaran pengurusan bencana di peringkat DUN dan komuniti bagi memberi pengetahuan serta latihan di kawasan yang mempunyai risiko kejadian bencana,” katanya.

Sementara itu, Ku Chik berkata, penggunaan teknologi makanan retort juga kini diperluaskan di semua PPS di Perlis sekiranya berlaku bencana alam bagi memastikan mangsa mendapat makanan selepas mereka ditempatkan di sana.

Katanya, penggunaan pek makanan retort ini sudah dimulakan sekitar akhir tahun lalu ketika berlaku bencana di Pahang dan Selangor dan mangsa yang ditempatkan di PPS itu diberikan pek berkenaan terlebih dahulu sebelum makanan seterusnya disiapkan.

“Pek makanan retort ini kita perkenalkan bagi tempoh 12 jam pertama di mana apabila mangsa masuk sahaja ke PPS, mereka semua sudah boleh makan menerusi pek makanan retort yang kita bekalkan dalam kit makanan mereka.

“Selain itu, JKM turut melatih petugas dan sukarelawan tentang cara untuk memasak pek makanan retort ini malah Jabatan Kesihatan negeri turut membantu memastikan mangsa di PPS tidak mendapat sebarang jangkitan atau keracunan menerusi pek makanan retort itu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya