Kedah akan segera umum SOP perlombongan REE

Kedah akan segera umum SOP perlombongan REE

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor memenuhi permintaan orang ramai yang mahu bergambar dengannya selepas melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah di Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE) di negeri ini dalam masa terdekat sekali gus diharap menghentikan polemik isu tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara tersebut akan dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri setelah kertas cadangannya dibentangkan pada satu mesyuarat sebelum ini.

“Setiausaha Kerajaan Negeri akan umum tidak lama lagi berkaitan SOP (perlombongan REE) ini,” katanya kepada pemberita selepas hadir melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah, di sini hari ini.

Sehubungan dengan perkembangan itu, Muhammad Sanusi meminta semua polemik berkaitan perlombongan REE yang didakwa haram itu dihentikan segera.

“REE tidak haram, yang curi sudah ditangkap tetapi kita ikut prosedur jadi tak haram. Ada 59 lombong haram REE di seluruh negara sila pergi siasat di negeri lain bukan di Kedah.

“Jangan dok tuju kat Kedah sahaja. Ada 59 lombong REE di tempat lain, (kenapa) tak tanya pun mereka, pergi tanya MB (Menteri Besar) Perak, MB Pahang dan MB Negeri Sembilan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Muhammad Sanusi, beliau beranggapan tindakannya menayang kertas undi pada hari pengundian pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini bukan satu kesalahan.

“Tutup la cerita ini, tiada salah apa pun tetapi apabila semua cungkil (sebab) itu Ketua Polis Negara kena ambil tindakan tetapi tidak ada kesalahan pun. Seksyen 39 berkaitan petisyen pilihan raya dan bukan mempamer ketika mengundi,” katanya. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini memberitahu pihaknya akan memanggil Muhammad Sanusi untuk diambil keterangan berhubung tindakannya yang dikatakan sengaja menayang kertas undi kepada petugas media, Sabtu lalu.

Razarudin memaklumkan, siasatan terhadap Menteri Besar itu dijalankan selepas didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta pihaknya akan melihat cadangan-cadangan bersesuaian termasuklah mengikut Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya