Jika keluar mengundi lebih 90 peratus, P. Pinang pun kita boleh kalih - Wan Fayhsal

Jika keluar mengundi lebih 90 peratus, P. Pinang pun kita boleh ‘kalih’ – Wan Fayhsal

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) optimis Perikatan Nasional (PN) bukan sahaja dapat meraih sokongan di kebanyakan tempat, tetapi boleh merampas Pulau Pinang yang sinonim dengan kubu kuat Pakatan Harapan (PH). 

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, perkara itu tidak mustahil jika trend keluar mengundi yang ditampilkan pada proses pengundian awal hari ini kekal sehingga Sabtu ini. 

“Alhamdulillah, undi awal di enam negeri telah melebihi 90 peratus. Kalau trend ini kekal sampai Sabtu, Penang pun kita boleh kalih! Ayuh anak muda!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook. 

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, kesemua enam negeri mencatatkan peratusan keluar mengundi awal PRN melebihi 90 peratus, seawal pukul 3 petang ini. 

Terengganu dan Kedah merekodkan tertinggi sebanyak 93 peratus; Negeri Sembilan dan Selangor masing-masing mencatatkan 91 peratus, manakala Kelantan dan Pulau Pinang sebanyak 90 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya