Jailani keluar mengundi bersama 10 ahli keluarga - Utusan Malaysia

Jailani keluar mengundi bersama 10 ahli keluarga

JAILANI Johari (tiga dari kanan) bersama sebahagian daripada ahli keluarganya yang keluar mengundi di SK Tok Randok, Ajil;, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Datuk Seri Jailani Johari selesai mengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Randok, dekat sini, kira-kira pukul 8.15 lagi.

Beliau yang ditemani isteri, Datin Sri Siti Nurbiha Mohd. Bisharuddin, 51, dan ayah, Johari Salleh, 83, serta kira-kira 10 ahli keluarga yang lain tiba di pusat pengundian pada pukul 7.52 pagi.

Jailani yang juga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata, SK Tok Randok merupakan lokasinya membuang undi sejak dirinya layak mengundi.

“Saya sekeluarga akan pulang ke kampung untuk tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam setiap kali pilihan raya,” katanya ketika ditemui di Pusat Mengundi SK Tok Randok, Ajil dekat sini, sebentar tadi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, Jailani yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu dicabar penyandang kerusi DUN Ajil, Maliaman Kassim daripada Pas.

Pada PRU-14 lalu, Maliaman mengalahkan pencabarnya, Dr. Ghazali Taib dengan majaoriti lima undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya