Istiadat Hari Hol, ziarah makam Diraja Johor pada 22, 23 Ogos ini

Istiadat Hari Hol, ziarah makam Diraja Johor pada 22, 23 Ogos ini

MAJLIS Bacaan Yasin sempena Istiadat Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar akan diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar pada Selasa ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bacaan Yasin sempena Istiadat Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar akan diadakan di Masjid Sultan Abu Bakar, di sini pada Selasa ini (22 Ogos).

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli dalam satu kenyataan berkata, ia disusuli dengan Istiadat Ziarah Makam Diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini, Rabu ini (23 Ogos).

“Bagi Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil pada pukul 5.30 petang, lelaki berpakaian baju Melayu teluk belanga putih, sampin kain hitam bukan songket berdagang luar, songkok, stokin dan sepatu hitam.

“Bagi wanita pula baju kurung teluk belanga putih berkain sarung batik berjahit dan bertudung putih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pakaian bagi istiadat ziarah makam pula baju Melayu teluk belanga dengan sampin kain bukan songket berdagang luar selain songkok, stokin dan sepatu yang semuanya berwarna hitam.

Katanya, kad jemputan sudah diedarkan kepada dif jemputan mengikut titah perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan mereka yang menerima jemputan wajib hadir.

“Jemputan dari istana adalah titah Raja dan perlu dijunjung. Tuanku akan menarik balik dan membatalkan kurniaan darjah kebesaran kepada Dato’ Johor yang tidak hadir ke kedua-dua istiadat itu,” menurut kenyataan itu.

Tambahnya, kehadiran akan dicatit dan tindakan susulan akan diambil terhadap mereka yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah.

“Sila ambil perhatian, istiadat ini bertujuan mendoakan roh Kesultanan Johor yang telah mangkat. Kehadiran dif membuktikan taat setia mereka kepada Institusi Kesultanan Johor,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya