Henti spekulasi jatuhkan kerajaan, masa untuk bekerja

Henti spekulasi jatuhkan kerajaan, masa untuk bekerja

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO meminta semua pihak terutamanya pembangkang supaya berhenti mencetuskan spekulasi untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak demokratik.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kini masa untuk bekerja bukan lagi berpolitik dan berpolemik. 

Malah, katanya, calon yang mewakili rakyat juga perlu membuktikan prestasi khidmat bakti dan kerja masing-masing di negeri-negeri dan kawasan-kawasan yang dimenangi. 

“Tempoh empat hingga lima tahun lagi, berperanglah lagi dalam medan pilihan raya. Tidak perlulah lagi cetus pelbagai spekulasi mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik. 

“Akta Anti Lompat Parti yang dilulus dan diwartakan hanya bermatlamat agar fenomena lompat-melompat sehingga menyebabkan kerajaan silih berganti sebanyak tiga kali dalam tempoh sepenggal tidak berulang kesekian kali. 

“Rakyat dan negara sudah cukup terseksa apabila politik tidak stabil hingga menjejaskan ekonomi. Sekarang masa untuk bekerja dan melaksana segala apa yang dijanji,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN