Harimau kumbang jantan masuk perangkap  - Utusan Malaysia

Harimau kumbang jantan masuk perangkap 

HARIMAU kumbang yang masuk perangkap yang dipasang Perhilitan Terengganu, semalam. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seekor harimau kumbang jantan berjaya ditangkap dalam tempoh tidak sampai 14 jam selepas perangkap dipasang  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, di ladang sawit Felda Cherul 3, di sini, semalam. 

Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong berkata, perangkap dengan umpan bangkai anak lembu itu dipasang kira-kira pukul 6 petang pada Rabu lalu dan haiwan liar itu dikesan masuk perangkap kira-kira pukul 8 pagi semalam. 

Menurutnya, perangkap tersebut dipasang selepas menerima aduan daripada penternak yang mendakwa ternakan lembu mereka diserang harimau kumbang tersebut kira-kira pukul 9 pagi pada Rabu. 

“Harimau kumbang dewasa yang dianggarkan seberat 70 kilogram itu berada dalam keadaan sihat dan diberi rawatan yang sesuai. 

“Proses membawa keluar haiwan liar ini mengambil masa kira-kira empat jam dengan kekuatan enam orang anggota Perhilitan daerah,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Kean Seong berkata, harimau kumbang tersebut kemudiannya dilepaskan ke hutan simpan di negeri ini, bersesuaian dengan habitat asalnya. 

Dalam pada itu, tambahnya, pihaknya turut menasihatkan orang awam supaya mengambil tindakan segera dengan memaklumkan segera sekiranya terdapat haiwan ternakan yang diserang hidupan liar bagi membolehkan tindakan segera diambil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya