‘Haim sudah buat kenyataan tak mahu panjangkan isu’ - Khaled

‘Haim sudah buat kenyataan tak mahu panjangkan isu’ – Khaled

MOHAMED Khaled Nordin melakukan gimik perasmian Pusat Orang Kurang Upaya (OKU) UUM ketika mengadakan lawatan kerja ke kampus tersebut di Sintok, Changlun. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHANGLUN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak bercadang untuk membuat sebarang ulasan lanjut berkaitan isu melibatkan bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah yang kini menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya menyedari terdapat kenyataan terbaharu yang dibuat oleh calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra, dekat sini semalam.

“Dia sudah beritahu, dia sudah buat kenyataan dia tidak mahu panjangkan benda itu (isu pemendekkan kontrak sebagai Naib Canselor. Itu sahaja,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke UUM di Sintok, hari ini.

Semalam, Haim Hilman berkata, beliau tidak mahu memanjangkan polemik dengan KPT berhubung isu pemendekan tempoh perkhidmatannya sebelum ini.

Dalam satu hantaran Facebook yang bertajuk `Ranjau Sepanjang Jalan’, beliau sebaliknya mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada PRN Kedah.

Katanya, meskipun banyak serangan peribadi ditujukan kepadanya mutakhir ini, dia sudah bersedia untuk menghadapi situasi berkenaan sebelum memasuki dunia politik lagi.

 Sementara itu, Mohamed Khaled ketika ditanya sama ada KPT akan mengambil tindakan sekiranya Haim Hilman terus mengulangi kenyataan berkaitan pemendekkan kontrak itu hanya memberitahu beliau akan memberi respon apabila tiba masanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan terpulang kepada institusi pengajian tinggi (IPT) swasta sama ada mahu memberikan pelepasan atau cuti kepada pelajar mereka yang ingin menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRN, 12 Ogos ini.

“IPT swasta tidak ada dalam bidang kuasa KPT. Kebanyakkan (kolej) berada di Kuala Lumpur dan tiada di Kedah, terpulang kepada mereka masing-masing,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN