GUA MUSANG: Tujuh orang guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Balar berdepan situasi cemas apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbalik berhampiran Kampung Tapai, Pos Balar di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Guru Besar SK Balar, Mohd. Hazlimi Mat Arriffen yang memandu kenderaan tersebut dipercayai gagal mengawal kenderaan sehingga hilang kawalan lalu terbalik ke kiri jalan. Mohd. Hazlimi berkata, ketika sampai di lokasi kejadian kenderaan dipandunya sedang menuruni bukit dan tiba-tiba terjatuh ke dalam lurah jalan. Katanya, kejadian itu adalah pengalaman pertama yang dialaminya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya