Grab Malaysia sedang proses tuntutan insurans arwah Sharipuddin

Grab Malaysia sedang proses tuntutan insurans arwah Sharipuddin

ketika menziarahi keluarga arwah Sharipuddin di Taman Desa Vista, di sini pagi ini yang turut dihadiri wakil Grab Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Grab Malaysia kini sedang memproses segala yang diperlukan bagi tuntutan perlindungan insurans arwah Sharipuddin Shaari, yang maut dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, kelmarin.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Grab Malaysia akan membantu proses tuntutan insurans kepada keluarga mangsa.

Beliau berkata, arwah Sharipuddin adalah pemandu e-hailing yang kebetulan melalui tapak nahas ketika kemalangan berlaku.

“Pagi ini, saya menziarahi dan menyampaikan sedikit bantuan peribadi kepada keluarga arwah,” katanya ketika menziarahi keluarga arwah Sharipuddin di Taman Desa Vista, di sini pagi ini yang turut dihadiri wakil Grab Malaysia.

Katanya, nahas tersebut amat tragis dan menyedihkan dan kerajaan akan cuba sebaik mungkin untuk membantu dalam aspek kebajikan keluarga mangsa.

Sebelum ini, Grab Malaysia memberi jaminan untuk menyediakan bantuan dari sudut faedah perlindungan insurans selain membantu waris Sharipuddin dalam urusan lain.

Antara bantuan itu termasuk bayaran daripada dana Grab Partner Zakat serta sumbangan Grab Malaysia dan komuniti rakan penghantar. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received