Formasi dron bercahaya ‘pukau’ 25,000 pengunjung ambang merdeka di Perlis - Utusan Malaysia

Formasi dron bercahaya ‘pukau’ 25,000 pengunjung ambang merdeka di Perlis

PERTUNJUKAN sebanyak 350 dron bercahaya yang membentuk pelbagai formasi antara menarik perhatian sempena majlis perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), Kangar, Perlis, malam tadi.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Pertunjukan sebanyak 350 dron bercahaya yang membentuk pelbagai formasi tulisan di akhir majlis perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri ini berjaya ‘memukau’ lebih 25,000 pengunjung yang hadir di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, malam tadi.

Persembahan selepas pertunjukan bunga api sempena ambang merdeka itu mencipta kelainan apabila buat pertama kali dipersembahkan pada majlis sambutan berkenaan.

Selain pertunjukan formasi dron bercahaya itu, perarakan berkuda yang julung kali terlibat turut menarik perhatian pengunjung daripada pelbagai latar belakang kaum pada majlis berkenaan.

Pada majlis perbarisan dan perarakan yang bermula pada pukul 8 malam itu, sebanyak 57 kontinjen membabitkan 2,339 peserta terlibat membabitkan jabatan kerajaan negeri, persekutuan, badan berkanun, pasukan beruniform, agensi swasta, pertubuhan, badan bukan kerajaan (NGO), komuniti, institusi pengajian tinggi (IPT) dan pelbagai lagi.

PERTUNJUKAN sebanyak 350 dron bercahaya yang membentuk pelbagai formasi antara menarik perhatian sempena majlis perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), Kangar, Perlis, malam tadi.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Majlis berkenaan juga julung kali diadakan di Kompleks DUN di sini berikutan Stadium Tuanku Syed Putra masih dalam proses baik pulih.

Selain itu, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh artis terkenal, Ezad Lazim dan penyanyi dari Perlis Got Talent yang lebih dikenali sebagai Thalia Mentor.

SEBANYAK 57 kontinjen membabitkan 2,339 peserta terlibat dalam majlis perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), Kangar, Perlis, malam tadi.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Pengunjung yang datang seawal pukul 7 malam itu juga berpeluang mengikuti persembahan koir oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, pertunjukan seni bela diri seperti silat, wushu, silambam dan Muay Thai selain persembahan tarian perang senoi praaq oleh Pasukan Gerakan Am (PGA).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat menyaksikan majlis sambutan yang cukup meriah itu.

Hadir sama, Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli; Setiausaha kerajaan negeri, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof; barisan Exco kerajaan negeri; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen di negeri ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya