Festival muzik indie terbesar Malaysia, 15 jam tanpa henti - Utusan Malaysia

Festival muzik indie terbesar Malaysia, 15 jam tanpa henti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Festival muzik indie terbesar negara, Atas Angin Festival yang menampilkan seratus peratus bakat anak muda tempatan bakal berlangsung esok.

Kemunculan semula Atas Angin Festival 2023 di Rooftop @ 7 Mytown Cheras itu bakal menampilkan 75 barisan artis tempatan yang akan membawakan persembahan-persembahan hebat dari empat buah pentas berbeza.

Pengarah Projek, Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam berkata, pihak penganjur menjanjikan yang terbaik kepada para pengunjung dan bakal memberi kepuasan maksimum kepada semua.

“Besar harapan kami agar festival ini dapat dilaksanakan dan dijayakan. Saya sebagai wakil pihak penganjur merasakan bahawa festival ini akan memberi impak kepada barisan artis lokal, selain dapat membuka mata pengunjung tentang bakat-bakat yang ada di negara kita.

“Saya juga berharap usaha dan mesej yang kami bawa menerusi festival ini nanti sampai kepada masyarakat, iaitu, untuk membuktikan bahawa ‘underground scene’ juga mempunyai ramai bakat besar dan luar biasa yang hebat,” katanya.

Festival ini akan berlangsung selama 15 jam tanpa henti yang akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga acara tamat.

Atas Angin Festival bakal membawa pembaharuan dan bersedia menggalas tanggungjawab untuk membawa muzik dan artis lokal Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara barisan artis yang bakal menggegarkan festival ini ialah IamNEETA, 6ixth Sense, Skudap Skudip Kugiran Masdo dan ramai lagi.

Tiket boleh didapati di laman sesawang www.atasangin.com pada harga serendah RM150 bagi ahli dan RM170 bagi yang bukan ahli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN