Dalam kalangan rakan artis juga - Raja Atiqullah terkena 'buatan' orang - Utusan Malaysia

Dalam kalangan rakan artis juga – Raja Atiqullah terkena ‘buatan’ orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Pelakon, Raja Atiqullah, 23, mendedahkan selesai menjalani rawatan selepas disahkan terkena buatan orang kira-kira sebulan lalu.

Kata pelakon yang mesra disapa Atiq itu, rawatan tersebut adalah yang kedua dilakukan untuk memastikan dirinya bebas sihir tersebut.

“Keadaan ini (disihir) tidak membuat saya sakit, tetapi menghalang tawaran berlakon.

“Sebenarnya sudah lama saya terkena buatan orang. Cuma saya yang tak tahu.

“Enam bulan saya tak terima tawaran berlakon. Sebenarnya bukan saya tak mahu (berlakon), tetapi job memang tak sampai kepada saya.

“Selepas menjalani rawatan, baru saya tahu saya terkena buatan orang,” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu menjalani penggambaran drama Hawt Fellas dekat sini baru-baru ini.

Atiq memaklumkan dia tidak mengenali siapa pelaku disebalik perbuatan itu.

“Perawat ada memaklumkan yang menyihir saya adalah dalam kalangan rakan artis juga. Tapi saya tak tahu siapa.

“Industri seni kita tak sebesar mana. Saya tahu ada yang kurang senang dengan saya. Cuma saya tak mahu tuduh sesiapa.

“Alhamdulillah, saya bersyukur tawaran berlakon mula masuk selepas saya dirawat,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN