PETALING JAYA: “Catatan kecil untukmu yang jadi korban para penggosip. Orang yang dibelakangmu suka membicarakan aib dan kekuranganmu”
Demikian perkongsian pelakon, Ungku Ismail yang memuat naik sekeping foto kata-kata berbentuk doa untuk individu yang menjadi ‘korban’ fitnah dan khabar angin.
Perkongsian yang dimuat naik di Instagramnya itu dilihat sebagai tanda sokongan kepada isteri, Nad Zainal yang ketika ini sedang hangat diperkatakan selepas kenyataan kontroversi pelakon, Nabila Huda dan Sharifah Sakinah.
“Mencari-cari kesalahan atau kadang memfitnahmu, mungkin dia akan membahayakan duniamu. Tapi yang jelas sangat bermanfaat buat akhiratmu kerana menghantar pahalanya.
“Maka, biarkan sahaja dia meneruskannya. Lumayankan dapat menghantar pahala percuma tanpa harus beribadah,” kongsi pemilik nama Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz itu.
Nabila dan Sharifah Sakinah yang sebelum ini diketahui merupakan kawan baik Nad kini ‘berpaling’ dan mula mengeluarkan kenyataan tidak mengenali selain mahu memadam sebarang hantaran berkaitan pelakon tersebut.
Terdahulu, Nad pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu ambil peduli atau mengusutkan pemikiran dengan isu remeh seperti pergaduhan dalam persahabatan.