Calon PH janji siapkan segera jalan raya dari KLIA - Sg Pelek

Calon PH janji siapkan segera jalan raya dari KLIA – Sg Pelek

KWI Kian Keong ketika beramah mesra dengan penduduk Sungai Pelek bersama-sama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Sepang. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Meskipun dianggap mampu menang di kerusi Sungai Pelek, calon Pakatan Harapan (PH), Lwi Kian Keong berharap pengundi tetap memberikan peluang kepada dirinya bagi menentukan hala tuju Selangor dan kestabilan ekonomi negara.

Katanya, beliau akan menggunakan pengalaman selama 13 tahun jadi Ahli Majlis Perbandaran Sepang dan ketua kampung di sini untuk berkhidmat kerana amat memahami keperluan mereka.

Antara cabaran di kerusi tersebut ujar beliau, ialah projek naik taraf lebuh raya negeri selain penambahbaikan jalan raya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tertangguh disebabkan ada masalah teknikal.

Bagaimanapun, beliau berjanji akan berbincang semula dengan pihak berkaitan supaya dapat disiapkan segera meliputi laluan dari arah Litar Antarabangsa Sepang sekali gus bakal menyelesaikan kesesakan trafik.

Kedudukan antara Sungai Pelek dan KLIA kata Kian Keong, turut akan memberi kelebihan geografi boleh dimanfaatkan sebaiknya penduduk untuk menjana pertumbuhan ekonomi.

“Saya berjanji jika dipilih, kesemua masalah tersebut bakal diberikan keutamaan dalam lima tahun akan datang kerana inilah tekad saya demi kesejahteraan penduduk,” jelasnya ketika ditemui.

Beliau turut optimis, Sungai Pelek kelak dijangka mempunyai jajaran rel baharu dari KLIA ke Agrotech Banghuris selaras dengan rancangan kerajaan negeri memperluaskan landasan tren di Sepang yang membentuk Koridor Perkhidmatan Rel Wilayah Pantai Barat Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya