Bukit Aman siasat kematian tahanan Kenya 

Bukit Aman siasat kematian tahanan bangsa Kenyah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan kejadian seorang tahanan bangsa Kenyah meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah klinik kesihatan di Beluru, Marudi, Sarawak, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Seri Azri Ahmad berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Semasa dalam perjalanan ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi, orang kena tahan itu mengadu sakit dada dan sukar bernafas.

“Dia segera dibawa ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam sayu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, lelaki itu disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan klinik pada pukul 10.30 malam.

Menurut Azri, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat.

Katanya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN