Bimbang kontroversi punca tiada job - Mak Wan Latah

Bimbang kontroversi punca tiada job – Mak Wan Latah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya, Halimatussadiah Mohd. Daud, 62, berharap kontroversi yang pernah terpalit dalam hidupnya tidak menjejaskan kariernya dalam bidang lakonan.

Mak Wan berkata, hampir setahun dia tidak menerima sebarang tawaran lakonan sehingga menyebabkan dia terpaksa mencari rezeki dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

“Saya tak tahu apa alasan mereka (syarikat produksi) tidak ambil saya berlakon. Mungkin ada kaitan dengan kontroversi sebelum ini, tetapi itu semua sudah berlalu. Saya tak nak ingat apa yang pernah terjadi.

“Sekarang saya perlu mulakan hidup baharu. Mak Wan hanya fikirkan kerja sebab perlu bayar hutang rumah dan kereta,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar malam amal anjuran Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia di Ampang, di sini hari ini.

Pada masa sama, Mak Wan juga kesal dengan situasi pilih kasih dalam industri seni apabila pelakon veteran yang terkenal kerap membintangi sesebuah watak.

“Tawaran berlakon sekarang pun banyak panggil pelakon sama dan terkenal. Ada pula watak orang tua tetapi guna pelakon muda.

“Lagi Mak Wan sedih bila kita tanya pasal job, alasan mereka kononnya pihak stesen yang pilih dan melihat jumlah pengikut di media sosial. Mak Wan pernah mempunyai 60,000 pengikut tetapi hilang selepas digodam,” katanya.

Disebabkan itu, Mak Wan berkata, dia mencari sumber pendapatan lain dengan menjalankan perniagaan menjual barang makanan seperti sambal hitam, biskut dan bawang goreng sejak lima tahun lalu.

“Saya berniaga di Uptown Ampang dan malam ini pula akan pergi berniaga di Balik Pulau, Pulau Pinang sehingga 13 Ogos depan.

“Asalnya mula berniaga di Kuala Lumpur dan selepas itu merata-rata acara saya sertai. Macam sambal hitam saya buat sendiri selama lapan jam, manakala, produk lain pula ambil daripada orang lain,” katanya.

Tahun lalu, satu demi satu kontroversi menghimpit Mak Wan antaranya termasuk kes meludah dan pecah amanah bekas pembantu peribadinya.

Mak Wan turut berdepan pelbagai tohmahan apabila bekas suaminya mendedahkan dia mempunyai akhlak yang tidak baik.

Pendedahan itu disusuli dengan pendedahan lain dibuat seorang wanita dalam Twitter yang mendakwa Mak Wan melakukan sihir kepada neneknya kerana cemburu.

Tidak lama selepas itu, tular sebuah video yang merakam gelagat Mak Wan berkaraoke dalam tempoh edah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya