SUDAH tiba masanya rakyat Kelantan berlapang dada menerima tawaran ‘emas’ yang dikemukakan oleh Barisan Nasional-Pakatan Harapan (BN-PH) dengan memberi mandat kepada gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mentadbir negeri ini. Tiada lagi alasan untuk rakyat di bumi serambi Mekah menolaknya kerana 34 tawaran yang dikemukakan itu mencakupi pelbagai aspek baik urusan dunia mahupun akhirat. Empat terus utama yang digariskan iaitu syiar Islam, ekonomi, pendidikan, wanita dan orang muda…










