Bantuan subsidi tiket penerbangan pelajar bermula hari ini

Bantuan subsidi tiket penerbangan pelajar bermula hari ini

PARA pelajar universiti awam boleh membuat semakan kelayakan bermula hari ini berhubung bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Para pelajar universiti awam boleh membuat semakan kelayakan bermula hari ini berhubung bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memaklumkan, semakan kelayakan boleh dibuat melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan (https://subsidiudara.mot.gov.my/) dan pelajar yang layak boleh memohon bantuan itu daripada mana-mana satu syarikat penerbangan.

Ia seperti Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline yang dipilih oleh pelajar melalui laman sesawang syarikat penerbangan tersebut.

“Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing.

“Buat masa ini, pelajar yang layak adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023,” katanya hari ini.

Setelah menerima permohonan tersebut, MOT berkata, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.

Katanya, sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Jelasnya, tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023, namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

“Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, bantuan ini adalah salah satu initiatif Kerajaan Perpaduan untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Labuan di samping menangani isu kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia Madani,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya