Arahan larang ulas 3R tidak sah, cara kerajaan ugut rakyat - Utusan Malaysia

Arahan larang ulas 3R tidak sah, cara kerajaan ugut rakyat

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan arahan larangan berkaitan isu kaum, agama dan raja-raja atau 3R sebagai tidak sah kerana tidak diwartakan Parlimen.

Malah bekas Perdana Menteri itu enggan menjawab sebarang soalan ketika dirakamkan keterangan oleh pihak polis di ibu negara semalam susulan kenyataannya awal Jun lalu.

“Saya tidak faham kenapa saya disoal siasat kerana arahan tidak boleh guna 3R tidak pun sah,” katanya ketika ditemui pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Majlis Ilmu bersempena dengan Minggu Negarawan yang dianjurkan Sekretariat Proklamasi Orang Melayu bertemakan Peradaban dan Sosiologi di sini hari ini.

Semalam, beliau disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 susulan kenyataan disiarkan sebuah portal berita.

Dr. Mahathir menegaskan bahawa larangan 3R itu bukan pun undang-undang yang sah bahkan digubal sesuka hati oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Padahal dia patut bawa ke Parlimen untuk diluluskan dan diwartakan sebelum berkuat kuasa sebagai undang-undang tetapi dia boleh buat sendiri tanpa rujuk sesiapa,” katanya.

Sambil menyifatkan usaha terdesak itu sebagai cara bentuk tekanan, beliau menambah, pihak kerajaan terpaksa menggunakan polis mengugut rakyat agar semua orang takut.

Langkah tersebut katanya, dilakukan supaya masyarakat tidak berani untuk bercakap isu yang sebenarnya pihak kerajaan langsung tidak boleh jawab atau dipertikaikan sesiapa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN