ANALISIS: MB Kelantan, Mohd. Nasuruddin atau Mohamed Fadzli?

ANALISIS: MB Kelantan, Mohd. Nasuruddin atau Mohamed Fadzli?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETUA Penerangan Pas Kelantan Datuk Mohd. Nasurruddin Daud dan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan Datuk Dr. Mohammad Fadzli Hassan antara nama yang disebut-sebut bakal menggalas tugas sebagai Menteri Besar
selepas parti itu berjaya membentuk kerajaan menerusi kemenangan majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelmarin.

Pelantikan Menteri Besar yang baharu ini susulan, Datuk Ahmad Yakob yang menerajui pentadbiran Kelantan pada penggal lalu membuat keputusan untuk berundur atas faktor kesihatan dan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada parti.

Tindakan itu dilihat selari dengan keputusan yang dibuat oleh Pas apabila Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Kelantan bakal mendapat Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar yang baharu sekiranya Pas menang pada PRN.

Perubahan kedudukan dua jawatan itu dengan mengemukakan gabungan kepemimpinan baharu iaitu seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat, tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Melihat kepada situasi, kedua-dua tokoh itu bukanlah asing dalam arena politik Kelantan apabila Mohd. Nasuruddin merupakan Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta pada penggal lalu.

Mohammad Fadzli, ADUN Temangan pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi.

Menariknya, Mohd. Nasuruddin yang lebih dikenali sebagai ‘Singa Pas’ merupakan bekas penuntut Universiti Al-Azhar Mesir sekali gus ‘melepasi’ tapisan pertama yang telah ditetapkan oleh parti iaitu mahu ulamak memimpin pentadbiran negeri ini.

Sementara Mohammad Fadzli tidak kurang hebat apabila beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) di UIAM, Ijazah Sarjana Muda Syariah (LLB Syariah) di UIAM, Sarjana Undang-Undang (LLM) di Universiti Warwick, England dan Doktor Falsafah (PhD), Universiti Birmingham, England.

Sebelum menyertai politik, Mohamed Fadzli pernah menjadi Penolong Profesor di Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM) pada tahun 2002 hingga 2008 dan Penasihat Syariah, Standard Chartered Bank (2005-2008).

Kedua-dua tokoh ini mempunyai kelebihan masing-masing dalam meneruskan Dasar Membangun Bersama Islam yang telah diperaktikan sejak 33 tahun lalu.

Sebelum itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi bayangan gabungan baharu untuk jawatan Menteri Besar (MB) dan Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan pada penggal kali ini terdiri daripada agamawan, teknokrat berusia lingkungan 50-an serta bukan terdiri daripada gandingan sedia yang menerajui pentadbiran sebelum ini.

Berpandukan kepada bayangan itu, bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi penggal lalu Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan yang merupakan teknokrat berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Temangan pada Pilihan Raya Negeri, Sabtu lalu dilihat sebagai calon MB.

Mohamed Fadzli berusia 55 tahun, sementara bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan Dan Hubungan Seranta, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud, 58, golongan agamawan turut dikaitkan untuk jawatan tersebut.

Semua ini terpulang kepada Sultan Kelantan untuk melantik siapa Menteri Besar Kelantan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya